Salam Eidulfitri buat semua muslimin dan muslimamat.....
Tanggal 28 Ramadhan kami sekeluarga pulang berhari raya di 207 Taman Tjg Puteri Kuala ketil, dua anak lelaki terus ke qubur ayahnya untuk memasang nisan yang dah lama siap, tapi tidak sempat untuk dibawa ke tanah perkuburan berhampiran Masjid Kuala Ketil. Inilah peluang yang ada. Kami anak beranak sibuk mengemas rumah yang dah lama tidak berpenghuni... kotor dengan habuk...dah hampir maghrib...Angah kerja, yang tinggal aku, acik, fatin dan aimi... acik ngan fatin keluar cari juadah untuk berbuka puasa ....beli aje tak masak pun letih sangat...
Kami berbuka dengan nasi, tomyam, somtam, ayam paprik, tauhu sumbat dan pecal.... semua keletihan, malam terakhir bulan Ramadhan yang meninggalkan kita dengan penuh kesyahduan, kepiluan, kesayuan dan dah tak terawih bagi 1432H...Syawal menjelma dengan takbir yang sayu...pedihnya jiwaku, pilunya hatiku, terkenang allahyarham suamiku yang telah mendahului kami menemui Ilahi bulan lalu... tak sempat dia menemui Ramadhan yang barakah bagi tahun ni...
Kami solat maghrib dan tak lama lepas tu kedengaran di surau berhampiran takbir raya.... aku cuba tabahkan hati, tahan perasaan, sengkang mata supaya jangan mengalirkan air mata.... namun aku hanya wanita, insan yang lemah terus terisak-isak di malam raya dan turut mengalunkan takbir raya hingga ke waktu Isya'.
Hampir jam 10.00 pm. Zali ( adik Allahyarham Johari) dan keluarganya datang diikuti Lang adikku dan famili sebelah suaminya datang hantar 2 batang lemang dan berbagai juadah lain... kami menjamah makanan sambil berborak-borak sampai jam 12.00 mlm.. ngantuk dan letihnya aku hanya Tuhan yang tahu....
T.i.d.u.r................
Esok pagi lagi aku dah bangun, masa tu 4.00 pagi kot... tak leh lena dah... buat apa patut....Lepas subuh terus masak nasi beriani dan ayam merah, buat teh "o" letak atas meja untuk dijamah oleh anak2ku ...
Anak2 mandi dan bersiap untuk ke Masjid solat eidulfitri, aku tak dapat bersama kerana masih dalam iddah...teruskan tugasku memasak dan mengemas. Salah sorang anakku juga tak dapat ke Masjid uzur....so kami tinggal berdua.
Anak2 balik lepas menziarahi pusara ayahanda, nenda dan paman mereka yang berhampiran masjid... kami makan bersama, sedih.... satu kerusi kosong....abah dah tiada...
Sesi bergambar... aku sekali lagi sayu...abah tak dak...belu sempat anak2 ku habis berposing Zali dan famili datang dan sekali lagi kami menjamu selera dan teruskan berposing...dan beramai2 pergi beraya...
Aku sendirian di rumah boringnya hanya Allah yang tahu... masa tu terbayang semua kenangan sewaktu menyambut hari raya bersama Allahyarham suami, ibu, bapa dan mertua penuh bahagia, meriah...semuga Allah cucuri rahmatNya ke atas roh kalian... Jam 4.30 pm anak2ku balik...mereka ke rumah bapa saudara di Kuala Merah, rumah mertua Lang di Kg. Besah dan rumah Pak Ali (kawan rapat, mandor abah)di Tawar.
Lepas tu ada yang tidur keletihan, layan TV... Along dan Aizat hantar Angah kerja malam di KMC Alor Setar, tengah malam baru balik aku dah hanyut dibuai mimmpi...
Saturday, 3 September 2011
Eidulfitri Yang Suram - 1432
Posted by ummi at 20:29 0 comments
Saturday, 20 August 2011
Hiba - Ramadhan meninggalkan kita.....
Syawal akan menjelang tiba.... tapi kita akan kehilangan Ramadhan 1432...Ada insan yang suka, tapi yang mengetahui besarnya erti Ramadhan dalam kehidupan kita pasti akan hiba...
Renungan bersama kenapa kita patut sedih dengan perginya Ramadhan.... Adakah kita akan bertemu di Ramadhan tahun depan? Hanya Allah yang maha mengetahui....
Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka (Riwayat Imam Muslim). Dalam Quran terdapat banyak ayat yang bermaksud “.. sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.
Bulan Ramadan terbahagi kepada 3 fasa iaitu 10 hari pertama adalah fasa rahmat, 10 hari kedua sebagai fasa keampunan, manakala 10 hari terakhir adalah fasa kemerdekaan (terlepas) dari api neraka.
Rahmat dan Sifat Pengasih
Bulan Ramadan adalah bulan kerahmatan, bulan Allah menunjukkan sifat pengasihnya sehingga dihentikan seksa kubur ke atas umat Islam dan ditutup pintu-pintu neraka dalam bulan ini.
Rahmat Allah, yang Allah turunkan ke dunia ini hanyalah satu per seratus sahaja, dengan 1 bahagian yang diturunkan inilah menjadikan makhluknya bersifat kasih mengasihi antara satu sama lain.
Hadith riwayat Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan rahmat di sisi-Nya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya kerana takut terpijak atau menyakiti anaknya.
Rahmat Allah jugalah yang memerdekakan kita daripada api neraka.
Daripada Jabir r.a katanya, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)
Keampunan dan Sifat Pengampun
Bulan Ramadan adalah bulan keampunan dan Allah s.w.t. menunjukkan sifat pengampunnya melalui beberapa tawaran pengampunan dosa kepada mereka yang berpuasa dengan ikhlas dan penuh keimanan, mendirikan sembahyang malam (tarawih), mengenyangkan orang yang berbuka puasa, menghidupkan malam Lailatul Qadar dan bertadarrus.
Jangan putus asa dari rahmat Allah, kerana rahmat Allah itu lebih besar dari langit dan bumi.
Az-Zumar [53] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Allah sangat suka pada mereka yang memohon keampunan, bahkan dalam sebuah hadith ada disebut:
“Demi Zat yang menggenggam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah berbuat dosa, nescaya Allah akan mematikan kalian dan menggantikan dengan kaum yang berbuat dosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah pun mengampunkan mereka.”
Posted by ummi at 22:02 0 comments
Labels: ...disaat tibanya Syawal....
Monday, 8 August 2011
Wahai Ibu dan Ayah......
Didiklah kami
Asuhlah kami
Dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami dibetulkan dengan bijaksana
Perkataan maki hamun jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah Rasul mulia
Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami menyontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus
Wahai ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Didiklah kami mengikut cara sunnah Nabi
Janganlah kami dididik secara Yahudi
Kami akan rugi di dunia dan akhirat nanti
Kenalkanlah kami hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cinta akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia
Itulah harapan kami
Kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf pada mu
Disertakan doa kesejahteraan
Kepadamu ayah dan ibu
Itulah Harapan kami pada ayah dan ibu.........
Posted by ummi at 01:24 0 comments
Labels: Harapan anak kita
Pedihnya suatu kehilangan....
Ku juga mohon pada Ilahi agar diampunkan dosa-dosa kita, semoga kau ditempatkan bersama para anbia' dan para solihin. Moga kita dipertemukan di syurga nanti dan aku ketua bidadarimu yang pasti tiada lagi kehilangan....
Al Fatihah.... buat suamiku tercinta Tn. Hj. Johari bin Hj. Ali yang telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Syaaban 1432H bersamaan 12 Julai 2011.
Posted by ummi at 01:05 0 comments
Labels: Al Fatihah....




